Saturday 13 April 2013


Sejarah bekam
Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.
Mengapa Harus Berbekam?
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

No comments:

Post a Comment